Saturday, December 2, 2017

★Menceriakan Masjid/Surau★



Beberapa hari lepas aku minta kawan aku untuk join usrah. Few days after, saya dijemput untuk bertaaruf dengab seorang akak usrah ni yang dipanggil Kak In.

Usai majlis taaruf, I later found out yang it's not really usrah. Since masjid2 & surau di sini agak aktif, maka 'usrah' saya adalah dengan menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di surau2 serta masjid.

Dan group2 Whatsapp universiti sentiasa akan ada mesej yg viralkan majlis agama. Alhamdulillah, aku dapat rakan-rakan yang sentiasa mengajakku untuk menceriakan surau/masjid. Ada certain days on one week di mana aku akan diajak oleh kawan-kawanku untuk ke masjid. Dan everytime ada mesej yang mengiklankan majlis agama appear, my friend would always say, "Jom".

Alhamdulillah kerana aku dapat rakan-rakan sebegini. Sekiranya tidak, mungkin aku akan just scroll down/scroll past mesej iklan majlis agama tu.

Dan yang paling mengecewakan adalah walaupun ada banyak fakulti di sini dan banyak program namun majoriti yang akan menghadiri majlis2 ini adalah pelajar2 Fakulti Kontemporari Islam atau apa2 fakulti yang ada berkenaan Islam. Umpama majlis2 sebegini eksklusif untuk pelajar2 'islamik'. Honestly, aku teringin untuk melihat pelajar2 accounting, risk management, law, international relations untuk menghadiri sekali.

Sejujurnya juga, aku rasa bangga kerana aku serta 3 orang rakanku (dan juga ketua kelas ku) menjadi wakil ( kepada pelajar2 yg bukan drpd Fakulti Islam) yang aktif dalam 'menceriakan surau/masjid'. 

Jadi saya ingin seru kepada mereka yang membaca untuk menjadikan 'menceriakan majlis agama' sebahagian daripada lifestyle anda, tidak kisah sama anda pelajar Fakulti Islam ataupun tak.