Sunday, January 31, 2016

Warkah Tanggungjawab

Aku kini menjadi saksi
Kepada mahasiswa dan mahasiswi

Kini sudah dewasa
Sudah bersedia
Untuk berkhidmat kepada negara

SPM sudahpun tamat
Namun aku rasa takut amat

Kakak dan abang senior ku jadikan contoh
Moga akan dapat petunjuk

Namun kematangan
Yang diimpikan
Umpama angan-angan

Yang perempuan
Sibuk meramal tarikh pernikahan
Yang uda
Terkejar-kejarkan dara

Di antara mereka
Mana satu yang bercita-cita?

Kebebasan yang diberi
Disibukkan dengan dating dan movie

Kedewasaan
Yang seharusnya dipamerkan
Di institusi pengajian
Hanyalah khayalan

Perkhidmatan
Kepada masyarakat; diketepikan
Keseronokan dan pasangan
Lebih diutamakan

Ilmu yg berharga
Tiada nilai kepada mereka
Kerana nafsu bermaharajalela

Kepada Kak Maryam
Engkau aku sanjungi
Engkau aku hormati
Engkau aku segani

Kerana engkau telah didik insan ini
Tentang tanggungjawab dan erti