Wednesday, March 30, 2016

How to Deal with Nyamuk

Sup everybody. K. Memandangkan skrg ni tgh musim panas and all the nyamuks came out to play, we all very terseksa.

Anyways, on with the post.


  1. Ada ridsect tak? Klw ye, baca instruction pd botol n do as it says.
  2. Takde ridsect? Guna apa2 aje ubat nyamuk yg korang ada.
  3. Dua2 takde? I dngr story ada jual krim yg boleh sapu at badan supaya nyamuk tak gigit. Tak ingt pulak apa nama dia. Klw u gais tau, share ye.
  4. Klw tu pon takde. There's always bedak. Any kind of bedak is ok I think. , make sure to sapukan berlapis at hotspot nyamuk. This works. Tp klw u gais still trbangun wktu mlm sbb kene gigit, maknanya bedak korang tak cukup tebal. So tebalkan lah.

Sunday, February 28, 2016

Mac n Cheese Cake


Idea asalnya nak buat pizza tp disbbkan pasta dah menggunung, panggil kek terus. Truthfully kek ini made from lunch's leftovers sbb I rebus too much pasta.

Bahan2: 
1/3 carrot sliced, 2/3 @ 1/2 cawan pasta, sos tomato, 1/2 bawang merah sliced, 1 tortilla wrap, mozarella, 2 sliced cheese dipotong 4

How-to:
Rebuskan pasta. Kukuskan carrot. Sapukan sos tomato pd tortilla wrap. Letakkan mozarella sekadar utk menutup sos tomato pd wrap, tak perlu banyak sangat. letakkan 1/3 daripada pasta yg direbus pd wrap. taburkan bawang. letakkan lebihan pasta pd wrap. taburkan carrot. coverkan ngan mozarella sbnyk mana yg korang nak. letakkan sliced cheese. masukkan dlm oven. bakar pd 200+ drjh celsius n bakar selama 10 min.

also, sy tak pandai masak n truthfully, sy nyesal letak carrot. 

Sunday, January 31, 2016

Warkah Tanggungjawab

Aku kini menjadi saksi
Kepada mahasiswa dan mahasiswi

Kini sudah dewasa
Sudah bersedia
Untuk berkhidmat kepada negara

SPM sudahpun tamat
Namun aku rasa takut amat

Kakak dan abang senior ku jadikan contoh
Moga akan dapat petunjuk

Namun kematangan
Yang diimpikan
Umpama angan-angan

Yang perempuan
Sibuk meramal tarikh pernikahan
Yang uda
Terkejar-kejarkan dara

Di antara mereka
Mana satu yang bercita-cita?

Kebebasan yang diberi
Disibukkan dengan dating dan movie

Kedewasaan
Yang seharusnya dipamerkan
Di institusi pengajian
Hanyalah khayalan

Perkhidmatan
Kepada masyarakat; diketepikan
Keseronokan dan pasangan
Lebih diutamakan

Ilmu yg berharga
Tiada nilai kepada mereka
Kerana nafsu bermaharajalela

Kepada Kak Maryam
Engkau aku sanjungi
Engkau aku hormati
Engkau aku segani

Kerana engkau telah didik insan ini
Tentang tanggungjawab dan erti