Sunday, January 7, 2018

Why I don't Wear Purdah/Niqab

Ok Salam semua. Dah lama saya tak buat post or make entry on this blog. Well, it’s not really surprising considering sekarang ni bukan lagi zaman blog sebab sekarang people lebih sukakan microblogging spt Twitter and Instagram.

Tapi arini sy igt nak buat post tentang my opinion on trend purdah dan niqab.

Mungkin kerana faktor environment university saya yang agak islamik, etc, tiba2 sy hendak memakai niqab/purdah. How did this idea emerge? This idea emerge sebab saya ingat saya akan lebih ‘selamat’ jika saya berpurdah.

Saya ingat yang kalau sy keluar rumah and nak gi somewhere, para jantan miang sialan tepi jalanan takkan catcall/bersweet2 ngan aku sbb gerun/hormat.

Please note that when I had this idea, saya tak plan untuk berpurdah EVERYTIME saya keluar, tapi saya hanya nak berpurdah when saya keluar BERSEORANGAN.

Jadi, after saya dapat this idea, saya pon go through Instagram untuk find a potential InstaShop yg sell purdah..

For some people, parents or mak ayah dorang tak bagi dorang berpurdah. Situasinya berbeza dgn family saya di mana saya have 100% freedom over what I wear.

After some time reflecting this. Saya buat keputusan untuk batalkan niat saya untuk berpurdah.
Here are the reasons why:

1. Imagine kalau berpurdah/berniqab ini menjadi satu trend. And then everyone starts wearing niqab. Lama-kelamaan, kemungkinan besar hukum berpurdah ini akan menjadi ‘wajib’. Sedangkan hukum asalnya adalah harus. or

2. Walaupun mufti tak keluarkan fatwa bahawa niqab/purdah ini wajib, masyarakat ini sendiri yang akan menjadikannnya wajib. Yalah. Imagine kalau sumorang pakai purdah, then kau cemas nak beli sayur apa bagai, tak sempat pakai purdah, terus keluar ke kedai runcit tanpa purdah.  Peluang yang tinggi untuk masyarakat local kutuk kau.

3. Takkan lah boleh jd mcm  tu sekali? Boleh. Korang ingat tak zaman dulu, bertudung labuh/menutup dada ni tak dianggap wajib pon. Malah, mereka yang bertudung sahaja pon sudah dikira sbg someone yg menjaga maruah. But now tengok lah. Sekarang with this new ideology yang bertudung harus menutup dada apa bagai, mereka yang bertudung tapi tak tutup dada last2 kene kecam dgn others.

4. Dalam masyakarat yg berpurdah, tak berpurdah boleh menjadi alasan utk sesorang dirogol. Yalah. Cuba tengok zaman skrg. Wpon pompuan tu bertudung tapi singkat and baju ketat2, kalau dia dirogol, everyone starts victim blaming her dgn statement spt “hah tu lah tak tutup aurat ngan betol skang kene rogol padan muka hahaha” sdgkan negara2 spt negara2 Eropah where x sume pompuan tutup aurat, ok je. Klw ada kes rogol, it’s bc perogol tu gila/tak waras/harus dihukum. Xyah nk amik peduli apa yg the victim wore.

5. Lagipon from my point of view, negara2 where pompuan diwajibkan berpurdah MOSTLY xmaju, jumud, and kebebasan perempuan mereka limited (UAE tak termasuk dlm contoh ni, I was referring to Afghanistan, Pakistan, Taliban states, etc.)

Jadi saya tidak mahu berpurdah/berniqab sbb sy xnk mengapi-apikan trend ni hingga dia menjadi satu kewajipan buat semua wanita Islam Malaysia.

Conclusion: menutup aurat itu wajib sebab ianya perintah Allah dan juga untuk membantu lelaki mengawal nafsu mereka. Tetapi bukan untuk mengelakkan diri drpd dirogol. Kalau seorang lelaki merogol, itu salah mereka sbb 1) x reti tundukkan pandangan 2)x menghayati Islam dgn sebenarnya 3)zalim/kejam/dirasuk iblis. 

Dlam menutup aurat, biarlah bersederhana. Nak berpurdah atau x trpulang lah. Tapi jangan ekstremis sngt hingga nak wajibkan yg lain utk mengikut sekali.

I will end this entry by saying ‘Tundukkan pandangan itu lebih wajib daripada berpurdah’.


No comments: