Thursday, September 28, 2017

Review: Beduk Diketuk Vol.1 & Beduk Diketuk Lagi (Vol. 2) by Pahrol Mohd Juoi



Buku Beduk Diketuk by Ustaz Pahrol ni dah lama aku cari sebab buku ni asyik recommended to me on Goodreads. Furthermore, kebanyakan friends saya di Goodreads yg baca novel Islam juga 98% sudah baca buku ni. Being an avid Islamic reader, I figure yang buku ni adalah on my Must-Read List.

One fine day, on my way to the stationery shop dekat ngan library, ada satu meja penuh ngan buku-buku and turns out they're selling books. Check2. Then I saw ada banyak buku from my favorite publishers; Telaga Biru and Galeri Ilmu.

Memang I went crazy lah pastu. But I figured since masatu kita still nak adapt ngan suasana uni yang masih lagi asing for me, I'd just window shop. But thennnn... jeng jeng jeng!

Saya pon ternampak buku yang lama saya cari tu. And guess what? Dia ada Volume 2 skali!! OMOOO. 

So belum lagi habis satu minggu kat uni kita dah beli 2 buku. Thankfully, dia gave discount for the books. Yay!

So now saya dah cerita tentang background macam mana saya got these books, I will proceed with the review.

Buku ni is non-fictional, also known as bukan novel. Nak kata ianya macam buku ceramah-ceramah seperti buku Tarbiah Sentap by Adnin Roslan, tak juga. Ianya merupakan buku catatan. But instead of buku catatan yang fokus on what's going on inside his mind seperti Esc. by Budak Tomato, ianya lebih kepada catatan about perbualan-perbualan antara penulis dengan orang lain. Seperti perbualan antara Ustaz dengan seorang perempuan, perbualan antara Ustaz dengan seorang pemuda, pemandu teksi, etc.

Most of the time dalam buku ni, Ustaz yang akan di-approach oleh orang lain tetapi ada juga masanya di mana Ustaz akan approach orang lain untuk memberi teguran, seperti Ustaz menegur seorang yang miskin dan kaya. Biasanya dalam perbualan antara Ustaz dan orang awam, orang awam akan bertanya soalan tentang suatu perkara ataupun menceritakan tentang latar belakang mereka atau masalah mereka untuk mendapatkan solusi daripada penulis.

Apa yang 'staple' tentang buku ni adalah dia kerap kali menekankan tentang kepentingan solat. Malah ada satu ayat yang asyik diulang iaitu, "Untuk baiki manusia, perlu baiki hatinya. Untuk baiki hatinya, perlu baiki solatnya." Dan seperti biasa, ayat sebegini akan followed by statements dan soalan seperti "tetapi ada juga orang yang solat but still buat jahat". Ustaz membalas statement ini dengan mengemukakan sesuatu hadis di mana ia meneceritakan bahawa walaupun seseorang itu membuat jahat, lambat laun solatnya akan menjadikannya seorang yang baik. Ustaz juga menambah bahawa sekiranya orang itu jahat tetapi menjaga solat, berkemungkinan besar solatnya tidak berapa sempurna, ayat-ayat yang dibaca tidak dihayati sepenuhnya. Dari sini, kita boleh lihat yang penulis amat menekankan kepentingan mencari ilmu tentang solat serta perbaikinya.

Selain menceritakan tentang kepentingan solat, penulis juga bercerita tentang bahawa pekerjaan juga merupakan sebuah ibadah, memandang ujian sebagai sesuatu yang positif, hypocrisy orang Melayu yang memboikot barangan Yahudi tetapi mengamalkan cara hidup seperti orang Yahudi, hypocrisy orang Melayu yang sensitif dengan kandungan DNA babi tetapi memandang isu rasuah dengan sebelah mata sahaja. 

Ada juga satu bab di dalam bukunya Beduk Diketuk Lagi, di mana dia mengupaskan tentang perempuan yang baik tetapi tidak menutup aurat serta perempuan yang jahat tetapi menutup aurat. Ada dialog yang masih lagi saya ingat iaitu:

"Jika hatinya benar-benar jahat, lambat-laun dia akan mendedahkannya semula."

"Mengapa?"

"Menutup aurat ialah pakaian wanita solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah."

Selain itu, buku ini juga dihiasi oleh gambar-gambar yang komikal serta fun oleh kartunis Nik Wafdi, agar buku ini tidaklah berat sangat serta mewujudkan aura santai sambil memberi teguran kepada pembaca. 

No comments: